Wednesday 24 July 2013


✐Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging.

✐Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan.

✐Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali.

✐Tidak ada yang sulit bagi orang yang mahu, tidak ada yang mudah bagi orang yang enggan.

✐Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk.



✐Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam-diam sahaja.

✐Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan datang.

✐Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri.

✐Cinta ialah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak pernah bertemu.

✐Air mata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati.

✐1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama-lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan.

✐Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan.

✐Wangi di badan boleh dimandikan, apabila mandi hilanglah ia. Tetapi wangi di mulut dan wangi di hati itulah yang paling mulia.

✐Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu.

✐Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian.

✐Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang menggangu perasaanya dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil.

✐Yang penting bagi anda bukannya menarik minat seluruh wanita jelita tetapi menakluk salah seorangnya sahaja.

✐Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap bahagia.

No comments:

Post a Comment